Seorang nenek ternyata mempunyai citarasa kereta yang luar biasa apabila memandu Mazda RX-7 jenis manual untuk tempoh lebih 25 tahun. Bagaimanapun, Naoko Nishimoto mengambil keputusan untuk memulangkan semula kereta berkenaan kepada Mazda Jepun menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya ke-80.
Menurut Car Watch Japan, Naoko secara sukarela menyerahkan lesen memandunya dan memulangkan jentera berkenaan kepada Mazda Jepun untuk dipamerkan di muzium mereka.
Difahamkan, RX-7 Type RB Pakej S (transmisi manual 5 kelajuan) itu masih berada dalam keadaan standard semasa diserahkan kepada Mazda Jepun.
Acara penyerahan berkenaan diadakan pada 18 Disember lepas di Kyushu Mazda Akasako di Nagasaki. Kisah Naoko yang mahu menyerahkan RX-7 kepada mereka yang berminat untuk menjaga kereta tersebut menjadi tular sejak dia melakukan satu temu bual bersama NBC Nagasaki.
Nenek pulangkan RX-7 manual untuk dipamerkan di muzium Mazda Jepun, Rakaman video temu bual berkenaan mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih 800,000 kali sejak dimuat naik ke Youtube syarikat penyiaran tersebut.
Sejak itu, Naoko dikatakan menerima lebih 400 email, termasuk wakil dari Mazda Jepun yang menyatakan hasrat untuk memiliki kereta miliknya.
Selepas dihubungi oleh wakil Mazda Jepun, Naoko berbesar hati untuk menyerahkan RX-7 berkenaan kepada pengeluar asal jentera tersebut.
Berkongsi hubungan dengan kereta itu, Naoko memberitahu dia mula memiliki lesen memandu sejak dia berumur 21 tahun. Dalam tempoh berkenaan, dia pernah memiliki beberapa buah kereta antaranya dua buah Toyota Publica, tiga buah Toyota Corona dan sebuah Corona Coupe.
Minat dengan RX-7 selepas menonton anime Initial D Pada usianya 55 tahun, Corona Coupe yang dipandunya untuk tempoh hampir 10 tahun mula mengalami beberapa masalah.
Kesulitan yang dihadapi dengan kereta berkenaan kemudian menyebabkan Naoko mengambil keputusan untuk bertukar kepada kereta baru. Ketika dia menonton anime Initial D bersama anaknya, Naoko jatuh hati dengan RX-7 (FD3S) yang dipandu oleh salah satu watak dalam animasi berkenaan.
Naoko kemudian terus berkunjung ke salah satu bilik pameran Mazda dan menempah model berkenaan yang berharga 3.2 juta Yen ketika itu. Untuk tempoh 25 tahun, Naoko memandu RX-7 sebagai kereta peribadi dan berada dalam keadaan baik sehingga kereta itu diserahkan kepada muzium milik Mazda.
Tidak ada komentar
Posting Komentar